Sunday, 4 April 2021

2020 has been great!

 Assalammualaikum

Weh dah lama gila tak update blog. ni bukan tahap sawang dah, dah jadi harta karun lol.

Dok belek-belek post dulu-dulu. HAHAHA lawak nya lah cara penulisan gue. Zaman baru nak up. Last post tahun 2017, dan sekarang dah tahun 2021. Umur pun dah 26 tahun ni. omo dah tuaa. Kenapa cepat sangat. Degree pun dah habis tahun 2019. Dan dah konvo bulan 12 haritu. Setelah setahun lebih habis belajar disebabkan COVID.

Banyak yang dah berubah. Tahun lepas, macam perkara yang aku lalu. Macam-macam kerja yang aku buat  dan banyak tempat yang aku hijrah. 

Bermula di Selayang sebagai Protege di sebuah syarikat swasta. Kemudian ditawarkan menjalani latihan Protege di Malaysia Airport Sdn Bhd, Subang. Kemudian kontrak ditamatkan awal disebabkan Covid-19. Hampir tak beraya dengan family dan stuck di Subang tahun lepas. Pastu memerap nak dekat 2 bulan dalam rumah. Huhu Best sangat masa training di Malaysia Airport Subang. Sebab hari-hari boleh tengok kapal terbang. Hahaha. Lepastu kawan-kawan protege pun ramai. Environment kerja pun best. 

Kemudian gue menganggur selama berbulan dan gue try kerja Speedmart as Assistant Branch Manager pada bulan 8. Dua kali interview. Mula@ di branch Seremban, then di Klang. Kemuidan gue pun dapat. Pastu kita kena pergi orentasi class selama sehari. Then, haritu jugak kita akan dapat tau di mana kita akan training selama lebih kurang dua minggu. Taapi gue training 3 minggu lebih katanya takda tempat nak posting.

Dapat training dkt semenyih. Pastu berulang la dari senawang. Jauh. Nak  jadi Assistant Branch Manager ni kita kena mudah bergerak. Sebab semuanya dalam masa yg singkat. Dari sini ke sana ke sinu. Time training tu, i told u aa, sangat tough. First day tu menangis. Sebab kaki sakit sangat sbb pakai kasut kulit warna hitam. 3 Hari berturut kena full day. Semua kerja kena belajar & buat. Dan kena tahan maki juga. 

Lepas tu dapat posting ke Kepong which aku ingat dapat seremban sbb kepong is my last option. Memula ingat dapat mantin. Dah pergi speedmart Mantin, rupanya salah tempat. dan gue harus ke Kepong haritu jugak. Menangis-nagis dalam kereta. dari seremban shoot terus ke kepong. Malam tu, pukul 10 lebih, shoot balik ke senawang. Dan pagi2 esoknya tu, bawak semua barang2 dan berpidah ke kepong. Beberapa hari jugak aku murung, menangis. sbb tak boleh terima kenyataan kena kerja jauh dari famil balik dan harus ke kl. yang mana aku taknak kerja kl dah. T.T Nasib baik ada sorang akak manager ni baik, tumpangkan rumah dia. 

Tapi aku tak bertahan lama, selama sebulan lebih je. Dan kemudian aku dapat kerja dengan sebuah company production di cheras dan tak bertahan lama jugak. Hanya 3 bulan shj.

Dan Alhamdulillah sekarang kerja di Jabatan Veterinar Negeri Sembilan. Walau sebagai pekerja kontrak, tapi bersyukur sangat diberi peluang kerja di sektor kerajaan dan yang paling penting, sekarang dah dekat dengan family. Alhamdulillah.

2020, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku lalui. Aku belajar macam mana nak survived sorang2 dekat kl. Macam mana nak drive dkt kl & macam mana nak tengok waze sambil drive. lol. and alhamdulillah im survived!

Okay nanti kita cerita benda lain pulak ya untuk next post. Adios!




Saturday, 24 February 2018

Close of 2017

Assalammualaikum

Allahu, lama sungguh tak update post dekat sini. Lawak bila baca balik post dulu-dulu. Tah hape benda aku merepek. Tapi, kenangan semua tu. Kenangan zaman diploma. Zaman baru nak up katakan.

2017, begitu banyak memori suka duka yang tercipta. Tak lama lagi sudah penutup bagi 2017. (ok ni draft post tahun lepas HAHAHA)

One of those memories is, finally dah grad dalam Diploma in Town and Regional Planning. Alhamdulillah. I made it guys ! Serius, belajar kos town planning ni tough. Tapi, kalau nak tahu, zaman diploma nilah aku belajar macam-macam tentang kehidupan. Really miss those memories.

Sebab aku tengok gambar kawan-kawan aku yang dah grad banyak yang tak senonoh, aku berusaha untuk senyum selebar mungkin dan membesarkan mata tanpa berkelip untuk mengelakkan gambar diambil buruk.

 Alhamdulillah ! (how bright my face wkwkwkwk)



Dengan Arwah Ayah & Ibu tersayang. 


Time ni rasa bangga sebab dah complete one step. Nampak wajah bangga ibu dan ayah melihat anak sulungnya ini memegang sijil Diploma. Ini ialah kali pertama dan terakhir ayah lihat anak dia konvokesyen. Siapa sangka, he's really sick that time. Tapi ayah gagahkan juga diri ayah nak tengok ayong konvo. Teringat, masa ayong dah masuk dalam dewan, waktu istiadat belumbermula, ayah ke hadapn, barisan tampat ayong duduk sebab nak tangkap gambar ayong. Malu time tu, sebab tak ada parents yang ambil gambar anak dia orang time ni, but you did it ayah. I saw his proud face.Ayong tau ayah bangga time tu. Ayong rindu ayah.

Dengan ibu, arwah ayah dan adik.




dengan ibu dan angah.


Tidak dilupakan juga, bergambar dengan rakan-rakan seperjuangan sepanjang 3 tahun berada di bumi Perak, Seri Iskandar.

Jom i lanje gambar pre convo

 Our final sem project as a prop (panas nok)


Gigih semorang pakai baju putih

 lanje gambar i satu

with my laling

walaupun tak sama kos, they meant a lot for me




K, iols tak tau macam mana nak rotate gambar. Chuols rotate lah kepala sendiri



yg kanan sekali dah jadi omak orang dh weh. yg lelain masih dlm pencarian.

With mek dan aten. 

One with our best lecturer ever


Tak dapat nak bergambar dengan semua. Some of my important persons in life is not there but u always have your placed in my heart kay. Itu sahaja lah gambar konvo yang dapat dikongsi. See yall in next post !

Sunday, 26 March 2017

Setelah berkurun lama

Assalammualaikumm yaaa bakal ahli kubur

Weh, lama gila dah tak update belog wehh. Sibuk katokan (tipu je, lupa masih ada belog). Aku,  macam ni jelah sihat alhamdulillah. Tiada pengurangan berat dan semakin bertambah beratt wuuuu T.T. Acano nii. Bulan 5 ni nak grad dah. HAAA nak grad dah aku kan. Rasanya masa last aku update, den masih terkial-kial dengan TOWN PLANNING. Wehh degree dah aku sekarang. Alhamdullilah. Ingatkan dulu bakal menjadi town planner lah. Tapi sekarang lain pulak cito eh. Now, i'm in Bachelor of Administartive Science. Di Seremban 3. Motip sangat tukar kos kan. Nak dokek. HAHAHA. Nope lah.Tak kisah pun sebenarnya dekat or jauh. But i really need to run away from town planning. Hmm.

Kehidupan pelajar admin science or BAS is totally diffrent from town planning. BAS is .....
 I've to stop now.
Aik baru nak mula kisah, dah nak tutup cerita. HAHAHA. Sobonar eh tengah sibuk buat assignment ni.Nantilah waktu sesenggang den cerito yo. Tata awucks yg keciwaa. muahchchchch

To be continued...

Wednesday, 7 January 2015

The gift of a FRIEND

Asalammualaikum

One of my favourite songs .Suka sangat lagu ni and i dedicate this songs to whom who thinks that i'm your bestfriend .

Sometimes you think you'll be fine by yourself
'Cause a dream is a wish that you make all alone
It's easy to feel like you don't need help
But it's harder to walk on your own
You'll change inside when you realize
The world comes to life and everything's right
From beginning to end when you have a friend by your side
That helps you define the beauty you are
When you open your heart and believe in the gift of a friend
The gift of a friend
Someone who knows when you're lost and you're scared
There through the highs and the lows
Someone to count on, someone who cares
Beside you wherever you'll go
You'll change inside when you realize
The world comes to life and everything's right
From beginning to end when you have a friend by your side
That helps you define the beauty you are
When you open your heart and believe in the gift of a friend
And when your hope crashes down
Shattering to the ground
You, you feel all alone
When you don't know which way to go
And there's no signs leading you home
You're not alone
The world comes to life and everything's right
From beginning to end when you have a friend by your side
That helps you to find the beauty you are
When you open your heart and believe in
When you believe in
You can believe in
In the gift of a friend
In the gift of a friend (4X)

Tuesday, 21 October 2014

Semester 3 .AP 1113B .DONE !

Asalammualaikum

Dah lama tak upadate post baru sebab tak tau nak tulis apa,malas dan kesibukan"'melampau" sebagai town planning student .( bajet ).

Sedar tak sedar dah habis 3 semester. Rasa kejap masa berlalu.Bulan 11 ni keluar result exam for this sem .huraghhh !cuak kateko ! aku cuak dengan result studio nanti .takut sangat repeat .wuuuu.sem ni mencabar sangat sebab kitorang dapat studio master yang sangat mencabar akal dan minda .cewahhh .studio kami panggil beliau Papa W. Susah nak describe beliau macam mana  sebab dia ni amat unik.cukuplah dia dikenali dengan sikap rendah diri dan bercakap lemah lembut dan berhemat .(betul tak tipu).Di sebabkan sesapa yg masuk studio dia akan terancam,ramai budak dari studio aku bertempiaran lari ke studio lain.Sesapa yang masuk studio papa dikatakan hatinya cukup sado.Sedih memang sedih sebab studio kami yang sekarang hanya tinggal 19 orang bebrbanding studio lain yang ada pelajar lebih dari 30 .Suasana pon lain .tak seceria dahulu.sunyi je studio sebab takda budak2 yang membisingkan studio .
Rindu saat ni .Kalau boleh nak classmate yang macamni balik.( AP1112B In memory)

Sekarang tinggal ni je . Walaupun sedikit,tapi korang mampu untuk buatkan studio kita happy macam biasa walaupun tak semereriah dulu
Banyak betul memori pahit manis kita sepanjang sem ni .Banyak jugak cabaran dan rintangan .Tak kira lah dalam persahabatan tau belajar .Anum pun tak lupa masa kita sambut birthday sama-sama especially masa birthday anum anis dila & mira.happy gila time tuh .tak sangka korang ada masa jugak nak sambut birthday kitorang.Nati anum cerita lagi in next post .


Haaa.cuba teka ni dekat manaa .Sem ni anum tak banyak berjimba sangat sebab sibuk dengan assignment .Nama tempat ni ialah Lata Kinjang yang terletak di Tapah .Anum pegi situ masa Hari kemerdekaan rasanya .Tempat ni best sangat .Air terjun dia tinggi gilaa.ni baru shot kat tengah-2 air terjun .cuba bayangkan betapa tingginyaa ...


Tak sah kalau tak selfie .so peace !

Buat shuweet pulak depaa nii.Anis & Adila



Sambil selfie,sambil makan .Ngapp !





peashhh !


Ni pulak time Planners Nite sem ni.With Dr Kushairi our studio master time part 1




Site visit for 2nd time at Teluk Intan .Ni dekat Menara condong Teluk Intan




kerja,kerja jugak,selfie jangan dilupakan .kahkah



haaa. Tulah studio master kami .En Roswodi.Pelbagai ilmu yang tak pernah kami belajar kami dapat dari En Roswodi ni.Terima kasih  ENCIK !

Setiap kerja mesti kena ada discussion barulah dapat kata sepakat.Lihatlah bertapa seriusnya muka memasing.

Kerja tampal menampal dinding
 Sebenarnya,dinding kelas kami penuh dengan pelan ,analysis,proses bagai .Penuh satu kelas

 Ini lah kehidupan kami di studio .studio ni diibaratkan rumah kedua bagi kami .Kalau boleh nak tido jer dalam studio tu sebab nak buat kerja .Tempat ni jugaklah yang mengeratkan silaturrahim kami satu kelas.


Berbuka puasa dalam studio .maybe this is our last time we have Iftar together.

Finally,this is our small family for this sem !
As conclusion (cewahh ),aku harap kita semua lulus dan berjaya dalam hidup .terima kasih tolong dan bagi tunjuk ajar kat aku sepanjang sem ni .aku harap kita satu kelas lagi sem depan .May Allah bless us .Ameen .

Sekian

Thursday, 31 July 2014

Allah,Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba..

Asalammualaikum..
Salam 4 Syawal.Harini anum nak kongsikan satu sajak hasil carian di iluvislam.Hayatilah.
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

.Hasil copy paste dari sini.

Wednesday, 25 June 2014

Aku mampu!

Assalammualaikumm.

Jam dah menunjukkan pukul 2.12 and i still do my studio assignment.Seriously,rasadah tak sanggup nak hadapi sem ni..banyak sangat cabaran.aku tak tau aku mampu tak hadapi semua ni..rasa macam nak nangis.Masalah yang aku hadap sekarang ni,aku tak mampu nak hadapi lecturer aku.aku tak paham apa dia cakap.aku respect dia sebab aku faham dia yang dia nak produce  an excellant town planner.tapi,aku takda macam ciri-2 yang dia nak.I need a support to face all this.i have to be strong.semua yang berjaya pernah hadapi kegagalan.keep this in ur mind anum.

okayy sekiannsebab masih banyak lagi keja nak di buat.

wassalammm from Uitm Seri Iskandar