Sunday, 4 April 2021

2020 has been great!

 Assalammualaikum

Weh dah lama gila tak update blog. ni bukan tahap sawang dah, dah jadi harta karun lol.

Dok belek-belek post dulu-dulu. HAHAHA lawak nya lah cara penulisan gue. Zaman baru nak up. Last post tahun 2017, dan sekarang dah tahun 2021. Umur pun dah 26 tahun ni. omo dah tuaa. Kenapa cepat sangat. Degree pun dah habis tahun 2019. Dan dah konvo bulan 12 haritu. Setelah setahun lebih habis belajar disebabkan COVID.

Banyak yang dah berubah. Tahun lepas, macam perkara yang aku lalu. Macam-macam kerja yang aku buat  dan banyak tempat yang aku hijrah. 

Bermula di Selayang sebagai Protege di sebuah syarikat swasta. Kemudian ditawarkan menjalani latihan Protege di Malaysia Airport Sdn Bhd, Subang. Kemudian kontrak ditamatkan awal disebabkan Covid-19. Hampir tak beraya dengan family dan stuck di Subang tahun lepas. Pastu memerap nak dekat 2 bulan dalam rumah. Huhu Best sangat masa training di Malaysia Airport Subang. Sebab hari-hari boleh tengok kapal terbang. Hahaha. Lepastu kawan-kawan protege pun ramai. Environment kerja pun best. 

Kemudian gue menganggur selama berbulan dan gue try kerja Speedmart as Assistant Branch Manager pada bulan 8. Dua kali interview. Mula@ di branch Seremban, then di Klang. Kemuidan gue pun dapat. Pastu kita kena pergi orentasi class selama sehari. Then, haritu jugak kita akan dapat tau di mana kita akan training selama lebih kurang dua minggu. Taapi gue training 3 minggu lebih katanya takda tempat nak posting.

Dapat training dkt semenyih. Pastu berulang la dari senawang. Jauh. Nak  jadi Assistant Branch Manager ni kita kena mudah bergerak. Sebab semuanya dalam masa yg singkat. Dari sini ke sana ke sinu. Time training tu, i told u aa, sangat tough. First day tu menangis. Sebab kaki sakit sangat sbb pakai kasut kulit warna hitam. 3 Hari berturut kena full day. Semua kerja kena belajar & buat. Dan kena tahan maki juga. 

Lepas tu dapat posting ke Kepong which aku ingat dapat seremban sbb kepong is my last option. Memula ingat dapat mantin. Dah pergi speedmart Mantin, rupanya salah tempat. dan gue harus ke Kepong haritu jugak. Menangis-nagis dalam kereta. dari seremban shoot terus ke kepong. Malam tu, pukul 10 lebih, shoot balik ke senawang. Dan pagi2 esoknya tu, bawak semua barang2 dan berpidah ke kepong. Beberapa hari jugak aku murung, menangis. sbb tak boleh terima kenyataan kena kerja jauh dari famil balik dan harus ke kl. yang mana aku taknak kerja kl dah. T.T Nasib baik ada sorang akak manager ni baik, tumpangkan rumah dia. 

Tapi aku tak bertahan lama, selama sebulan lebih je. Dan kemudian aku dapat kerja dengan sebuah company production di cheras dan tak bertahan lama jugak. Hanya 3 bulan shj.

Dan Alhamdulillah sekarang kerja di Jabatan Veterinar Negeri Sembilan. Walau sebagai pekerja kontrak, tapi bersyukur sangat diberi peluang kerja di sektor kerajaan dan yang paling penting, sekarang dah dekat dengan family. Alhamdulillah.

2020, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku lalui. Aku belajar macam mana nak survived sorang2 dekat kl. Macam mana nak drive dkt kl & macam mana nak tengok waze sambil drive. lol. and alhamdulillah im survived!

Okay nanti kita cerita benda lain pulak ya untuk next post. Adios!